Want your
own Fotopage?








 
masjid's FotoPage

By: masjid kampung tunku

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 26-Jun-2008 14:17 Email | Share | | Bookmark
Senaman Tai Chi di Masjid Kampung Tunku

Pengajar kelas taichi
Pelbagai gaya dipraktikkan
Wanita-wanita sedang bertai-chi
Aktiviti sihat sesuai untuk semua
Senaman Tai Chi sememangnya terkenal dengan gayanya yang begitu unik sekali. Senaman yang berasal dari China ini dijadikan aktiviti kebiasaan bagi kumpulan wanita masjid (RIASNITA). Senaman tai chi ini diadakan 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis bermula pada pukul 7 pagi.

Bagi sesiapa yang berminat bolehlah turut serta. Disamping bersenam, kita juga dapat berkenalan dan sekaligus merapatkan silaturrahim.

Add comment


Thursday, 26-Jun-2008 14:04 Email | Share | | Bookmark
Pusat Sumber Masjid Kampung Tunku

Anak-anak ahli qariah melayari internet...
Kemudahan komputer berinternet
Meja pengawas...
Pelbagai jenis koleksi buku disediakan
Set sofa selesa untuk bersantai
Ruang lobi untuk membaca suratkhabar dan majalah
Bagi memenuhi hasrat kerajaan persekutuan dan negeri untuk menjadikan masjid pusat pembangunan ilmu dan teknologi, Masjid Kampung Tunku telah menyediakan sebuah pusat sumber yang lengkap dengan kemudahan seperti komputer berinternet, koleksi buku, meja dan kerusi.

Misi dan visi pusat sumber masjid ialah menyediakan sebuat tempat pembelajaran yang selesa kepada ahli kariah. Pusat sumber turut menyediakan kelas-kelas komputer kepada golongan dewasa dan kanak-kanak bagi memastikan setiap ahli qariah dapat terus mengikuti perkembangan ICT.

Add comment


Thursday, 26-Jun-2008 13:54 Email | Share | | Bookmark
Laman Web Rasmi Masjid Kampung Tunku

Laman web rasmi Masjid Kampung Tunku
Dapatkan maklumat terkini masjid secara online
Pelbagai perkhidmatan online disediakan
Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku memiliki sebuah portal laman web di www.masjidkampungtunku.com. Laman web ini dibangunkan sejajar dengan perkembangan semasa. Kini lebih ramai ahli qariah kampung tunku yang melayari internet dan laman web ini boleh dijadikan sumber maklumat aktiviti-aktiviti masjid.

Pihak masjid juga turut komited dalam mempelbagaikan medium hebahan kepada ahli qariah. Melalui laman web ini juga, ahli qariah dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan di masjid seperti pusat sumber, dewan serbaguna, kedai runcit dan gimnasium.

Add comment


Thursday, 26-Jun-2008 07:30 Email | Share | | Bookmark
Kedai Runcit Masjid Kampung Tunku

Ubat gigi, sabun mandi...
Barangan dapur, bekas plastik...
rempah kurma, kari, nasi goreng...
View all 6 photos...
Kedai runcit Masjid Kampung Tunku terletak di aras bawah masjid. Terdapat pelbagai jenis barangan keperluan harian dijual. Diantara barang yang laris dijual ialah "frozen food", makanan sejuk beku seperti karipap, murtabak, roti canai dan sebagainya.

Kedai runcit beroperasi setiap hari selepas waktu subuh, zuhur dan asar. Kedai runcit dikendalikan oleh Biro Wanita Masjid yang turut menganjurkan Program Bersedekah Secara Istiqomah. Hubungi Datin Hasmah untuk maklumat lanjut di 019-3516537

Add comment


Thursday, 26-Jun-2008 07:20 Email | Share | | Bookmark
Bacaan Quran Selepas Subuh

Imam membaca Al-Quran
Jemaah mengikuti bacaan Imam
Jemaah terdiri dari ahli qariah
View all 4 photos...
Setiap hari dari Isnin sehingga Sabtu, Masjid Kampung Tunku menganjurkan bacaan Al-Quran secara berjemaah diikuti dengan bacaan maksud. Hari Ahad, diadakan kuliah subuh.

Jadikanlah membaca Al-Quran sebagai amalan harian. Semoga jiwa kita akan lebih memahami apa yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran.

wah..hebatnye pengurusan masjid ini..ana sangat kagum dengan sume usha antum. Sat 5-Dec-2009 11:55
Posted by:unnamed
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen4.pidgintech.com